tudung labuh tidak silap dipakai

{Admin} Ramai yg bertanya, “Kenapa perlu pakai tudung labuh ye? Tak panas ke?” Soalan2 begini selalu sy dgr dari org2 sekeliling.. Sebenarnya, dulu soalan2 begini juga sy sering ajukan kpd kakak2 yg bertudung labuh.. Dan jawapan yg dapat, "bila kita pakai tudung labuh, itu lebih selamat dan dapat melindungi kita dari pandangan lelaki dan ia juga dapat menutup aurat kita dgn lebih sempurna"

"Wahai Nabi, katakan kpd isteri2, anak2 perempuanmu, dan isteri2 org mukmin, `hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka.. Yg demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu."

ALHAMDULILLAH, sesungguhnya ALLAH itu Maha Mendengar setiap doa hamba-hambanya.. Sokongan dari keluarga terutamanya mak ayah dan kwn2 membuatkan diri ini semakin berusaha utk sentiasa bertudung labuh. ‘Tak kenal maka tak cinta’, itulah ungkapan yg sesuai bagi sy.. Sekarang sy sudah jatuh cinta dgn tudung labuh dan berharap semakin bertambahlah cinta sy kpd tudung labuh. INSYAALLAH~

Dan ramai juga yg mempertikaikan, “pakai je tudung labuh, perangai bukannya baik sgt pun”, kata2 ini sering di lontarkan kpd wanita2 yg bertudung labuh.. Sedarkah semua bhwa setiap manusia biasa tak terlepas dari melakukan dosa.. Kami sedang berusaha utk memperbaiki diri kami, doakan semoga kita semua dpt menjadikan srikandi2 ISLAM terdahulu sebagai contoh di dlm hidup ini..

Semoga dgn bertudung labuh, ia boleh mnjd satu galakan utk diri ini sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa krna kita sering menjadi perhatian masyarakat sekeliling.. Jgn terlalu mengharapkan kesempurnaan dari kami krna kami juga manusia biasa yg sedang memperbaiki diri utk menjadi yg lebih baik walaupun tidak sempurna.. Tudung labuh adalah satu usaha mulia dlm mematuhi firman ALLAH yg mewajibkan setiap insan bergelar wanita yg baligh menutup aurat mereka.. Melindungi mahkota yg indah dari pandangan bukan muhrim..

“Jgn kau sangka labuh tudungku tanda alimnya diriku, aku juga seperti mu, masih mencari-cari segenap cahaya, buat menerangi sepanjang perjalanan.. kerana tudung ku ini bukan sekadar menutupi tetapi melindungi, jua mengingatkan diri ini, menjaga setiap gerak geri kerana akhlak itu bunga diri”

No comments:

Post a Comment